Tuesday, May 4, 2010

Mencari makna sebenar ekonomi - 1


Ini merupakan sebahagian artikel dibawah kajian saya. Sebarang ambilan perlu mendapat izin pemilik blog dan harus dikreditkan sumbernya



Mencari makna sebenar ekonomi
Oleh Norziati binti Mohd Rosman
www.isuekonomi.blogspot.com

 
Pendahuluan
Setiap hari kita mendengar orang membicarakan tentang ekonomi. Saban waktu dipaparkan di suratkhabar mahupun kaca tv tentang kedudukan kewangan mahupun krisis ekonomi yang memberi kesan bukan sahaja satu negara malah negara yang terlibat dalam urusan dagangan dengannya.

Kita pernah dikatakan menhadapi krisis ekonomi, nilai Ringgit Malayisa yang menyusut, pasaran saham yang jatuh, inflasi diramal menjadi satu masalah, kadar pengangguran yang menjadi-jadi tinggi kadarnya apabila lebih banyak syarikat memecat atau membuang pekerja.

Jika kita pergi ke membeli belah, pembeli tidak lagi membeli sesuka hati seperti sebelum ini, sebaliknya memilih untuk membeli barangan keperluan berbanding kehendak. Tidak ramai yang makan di hotel mewah atau melancong ke luar negara. Syarikat juga sukar mendapatkan keuntungan tidak seperti tahun sebelumnya. Ramai yang menghadapi masalah dalam menyelesaikan pinjaman bayar balik kepada institusi kewangan yang meminjamkan wang kepada mereka. Institusi kewangan pula menghadapai kesukaran memberi pinjaman akibat peningkatan non performing loan (pinjaman tidak berbayar). Mereka merasa sukar untuk memberi pinjam kerana takut akan kerugian.

Kerajaan kemudian menggalakkan rakyat supaya mengurangkan perbelanjaan terhadap barang import, meminta bank menyediakan kredit kepada para peniaga, mengurangkan kadar faedah bagi menggalakkan pelaburan dan menggumumkan bajet defisit bagi tahun 1999 bagi memulihkan ekonomi.

Bagi sesiapa yang masih ingat, lebih kurang 15 bulan sebelum krisis ekonomi melanda Asia pada 1997-1998, a memberi warna yang cukup berbeza. Prestasi ekonomi kebanyakan negara di wilayah terbabit begitu hebat sehingga digelar sebagai Asian Miracle (Keajaiban Asia).

Jadi, apakah sebenarnya yang mengundang kejayaan atas keajaiban ini dan apakah sebenarnya punca kepada masalah atau krisi ekonomi kemudiannya? Mengapa negara yang mengecap keajaiban dalam pertumbuhan ekonomi selama sepuluh tahun berturut-turut boleh merudum dengan sebegitu teruk? Apakah polisi yang perlu diambil bagi menghadapi cabaran ini untuk membolehkan negara terbabit keluar dari krisis dan berdiri kukuh tanpa sebarang kesan terhadap krisis? 



1 comment:

  1. Ekonomi perlukan pengurusan yang betul.
    Boleh ke http://rafimasterji.blogspot.com

    ReplyDelete